Thursday, 5 January 2012

Permulaan Blog Aku.

       Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Panjang salam yang aku berikan kat korang supaya korang tahu yang blog aku ni bukan blog menyundal dan blog mendedahkan aurat perempuan melayu. Walaupun aku tak tahu maksud sepenuhnya salam di atas sebab aku ni tak ambil Bahasa Arab masa PMR dulu,tapi aku tahu yang salam itu bertujuan mendoakan dan membawa maksud yang baik. Aku cukup pasti kalau ada dalam kalangan pembaca merupakan anak kepada AJK masjid atau surau,mereka sudah didedahkan tentang maksud salam tersebut.


        Untuk pengetahuan semua,entri ini merupakan yang pertama aku dalam dunia blog ni. Pasti korang nak tahu mengapa aku mula ber'blog' kan? Ok,aku kuat perasan. Ini semua keje adik aku yang kuat menghasut dan menyaiko aku supaya menubuhkan sebuah blog. Malah,rakan-rakan di sekeliling juga mula berlagak dengan blog masing-masing yang boleh mengeluarkan lagu apabila dibuka. Aku tercabar di situ. Selepas proses menimbang dan menyukat keputusan dibuat,aku tekad untuk menubuhkan sebuah blog. Biasa la dunia zaman nak kiamat ni,kalau takde blog,dikatakan yang kita ni kolot. Arghh,persetankan semua tu.


        Sebelum aku meneruskan perjuangan dakwah melalui blog ni,aku akan menerangkan beberapa ciri dan 'specification' macam kawan aku yang dapat A1 dalam subjek BI masa SPM tu kata, supaya korang tidak menyaman blog aku ni apabila aku menyebarkan propaganda menuntut kebebasan bersuara seperti berbaring di atas jalan raya.eh... Itu pun kalau korang rasa yang blog aku ni memperjuangkan dakwah.kehkehkeh...

1.Tema

Ok,aku ingin menegaskan yang blog aku ni adalah pelbagai dan lebih cenderung kepada aktiviti mengutuk,mengkeji(eh,betul tak tu),menyundal tapi tak selalu,mencela dan mencarut kepada aktiviti-akitiviti durjana yang dilakukan oleh golongan perempuan yang mencabul mata aku dengan pakaian mereka dan golongan lelaki yang pakai kasut Supra dan menari macam Justin Bebir,persetankan kalau korang nak marah aku sebab tulis nama idola korang salah. Untuk pembaca yang berumur di bawah 13tahun,aku syorkan korang mendapat bimbingan ibu bapa,takut juga korang meniru gaya mencarut aku ni. Dan tiada politik dalam blog ni.


2.Bahasa Penulisan
Sebagai seorang pelajar yang memperolehi A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masa SPM dulu,sudah pasti aku aku menggunakan bahasa ibunda sebagai medium penulisan blog aku. Kalau korang rasa aku ni ketinggalan zaman sebab menulis 'saya', dan bukan 'cyew', atau 'tak' dan bukan 'tark', atau juga aku menulis 'saya sayang awak sebab awak comel' dan bukan seperti korang tulis 'saia canyangw awarkz cbabi chebabw awarkz syuwmel',korang silap kerana korang yang sebenarnya ketinggalan zaman sebab masih menggunakan bahasa pertuturan haiwan. Kalau dapat kat aku,pasti aku bagi pelempang sampai dia bisu terus. Tengok,dah mengkeji di situ.


3.Bahan Rujukan
Aku tidak menggunakan mana mana buku,poster atau iklan syampu yang tunjuk betis tu untuk dijadikan sebagai bahan rujukan semasa menulis. Aku akan menjadikan hal ehwal semasa atau cerita pelajar Malaysia yang semakin jahanam kat luar negara nung atau cerita dalam negara, untuk aku jadikan entri untuk tatapan pembaca. Tapi kalau aku mengimbas kembali cerita zaman aku bawak basikal tayar 4 yang kat depan 1,belakang 3,korang jangan mengutuk sebab itu dinamakan mengulit kenangan. Aku kena mintak bayaran dengan kumpulan Data ni sebab dah promote lagu mereka.


        Begitu lah serba sedikit pasal pengenalan blog aku ni. Untuk perkembangan lanjut,aku aku beritahu dari masa ke semasa. Blog ini bukannya tempat aku menghentam mana mana pihak dan jika ada yang tak berpuas hati atau berniat dan menghantar jin atau jenglot supaya mencuri keyboard komputer aku ni,aku tak akan mencarut dengan tiba-tiba,malahan aku akan memperbaiki dari semasa ke semasa. Blog ini hanyalah sekadar untuk tempat berkongsi cerita dan tempat mengadu kalau pakwe/makwe membatalkan temu janji di saat saat akhir, dan kepada bomoh bomoh di luar sana,aku tak berminat dengan tangkal korang dan aku tak menggunakan komputer kangkang yang telah dijampi.

Terima kasih kerana membaca hingga akhir. (n_n)

No comments:

Post a Comment