Wednesday 19 December 2012

Berita yang gembira didengari.



           Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua? Pasti sihat hendaknya disamping keluarga tercinta. Yang duk lepak kat panggung wayang atau pusat beli-belah tapi dia tak membeli sampai lupa nak sembahyang zuhur,diaorang bukan takde keluarga,tapi diaorang takde kehidupan dan takde tujuan hidup. Seeloknya ketika kecik dulu si emak patut mengaulkan nasi sekali dengan racun tikus untuk diaorang makan.

menang loteri? haha. boleh beli DSLR nanti.


            Ok nampak permulaan dan macam panjang walaupun mengutuk sesetengah spesies,kita beralih kepada tajuk entri kali ni. Aku bukan nak cerita pasal aku keluar makan dengan Wawa Zainal semalam,tapi aku akan ceritakan beberapa contoh berita yang semua orang akan gembira jika mendengarnya. Contohnya anak jiran aku semalam meracau kegembiraan sebab kucing dia beranak dapat 5ekor anak. Semestinya yang bertanggunggjawab membutingkan kucing betina itu ialah seekor kucing. Pasti anda pernah mendapat berita gembira bukan? Mari kita baca bersama....

1.Keputusan Cemerlang
Sememangnya semua orang akan gembira dan sesetengah ada yang berbuih mulut kerana diserang sawan gembira sebab dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah mahupun di universiti atau keputusan cemerlang di tempat kerja. Kalau korang buat tinjaun rambang di sekolah berhampiran ketika keputusan peperiksaan diumumkan,pasti korang boleh lihat ramai yang berlari cari mak ayah lepas dapat result gempak. Tak kurang juga pelajar perempuan yang berlari ke tandas lepas rasa mual nak muntah.eh Ok,aku taknak buat andaian sendiri. Mungkin ada juga yang berjalan macam The Rock nak masuk gelanggang gusti depan ex diaorang sebab nak suruh ex menyesal tinggalkan dia dulu. Kalau di universiti,mendapat keputusan cemerlang tak menjanjikan seseorang itu akan terus sujud syukur atau menelefon mak ayah di kampung supaya terus meminang gadis pilihan.mungkin mereka akan menghadiri pesta buih di malam hari dan meneguk beberapa jenis minuman beralkohol sebagai meraikan kejayaan. Ok,ini semua akibat tak hafal ayat hafazan PAFA.

2.Naik Pangkat
Kebanyakkan misi seorang pekerja adalah untuk mendaki heiraki pangkat di tempat kerja mereka.gila ayat aku macam tulis pasal Hitler. Jika mereka hanya seorang 'office boy' atau tukang bancuh kopi untuk bos,mana mungkin janji untuk membawa pulang kereta BMW ke kampung tercapai. Jadi mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk dinaikan pangkat lepas tu berlagak depan rakan sekerja. Tapi ada yang jenis tak pernah lupa mandi wajib dan solat subuh tak pernah tinggal akan sujud syukur,lepas tu cium tangan bos lepas dapat berita di naikkan pangkat. Sekurang-kurangnya belanja kawan-kawan yang rapat, sarapan pagi mee goreng telur mata.perghh Jika yang sudah berumah tangga,permaisuri di rumah tidak dilupakan. Setidaknya mereka membawa pulang set barang kemas baru atau set memasak 3 dalam 1 yang letak ikan dalam periuk,keluar keluar dah jadi ikan 3 rasa. Mana tak sayangnya isteri kat rumah.

3.Dapat Hadiah
Sebagai seorang manusia normal,hormon kegembiraan akan merembes sekiranya seseorang itu mendapat hadiah atau pemberiaan,lebih-lebih lagi dari orang yang tersayang. Kalau zaman bercinta dulu-dulu,mendapat surat dari buah hati itu bagaikan mendapat restu menikah dari mak bapak.masuk bilik,kunci pintu,baca surat lepas tu senyum sorang sampai subuh hari ke-7. Jika didalam sampul surat itu diselitkan sekuntum bunga,mahu lepas isyak tu melutut depan ayah mintak nak kawin. Pada zaman ini keadaan tersebut tidak banyak berubah. Kalau nampak van Pos Laju tu,tak sempat posmen berhentikan van,dia dah tolong buka pintu tanya ada tak bungkusan untuk dia. Jika seorang lelaki itu hendak memberikan buah hatinya hadiah,dia akan bertanya kawan-kawan perempuan apakah barangan kesukaan perempuan atau setidaknya bertanyakan Google. Selepas mendapat hadiah tersebut,tidak sampai seminit hadiah tersebut akan ditayangkan oleh si perempuan dalam fesbuk atau sangkar burung biru.harap korang faham. Kemudian simpan hadiah dalam almari lepas tu kunci mangga takut adik masuk ambil.

4.Kelas Batal
A'hah,ini merupakan berita yang paling seronok dan gembira tahap naga bagi pelajar di universiti,kolej mahupun di sekolah. Kalau di sekolah dulu,pagi-pagi mari sekolah mesti lalu depan pejabat dulu,tengok cikgu mana yang tak hadir. Jika cikgu itu seorang yang garang kalau marah budak budak boleh kena cirit birit, dan kerja sekolah yang diberikan beliau semalam masih tak siap,pelajar dalam kelas tersebut merupakan manusia paling gembira pada hari itu. Di universiti,pelajar akan bangun pagi dan terus berdoa agar kelas pada hari tersebut dibatalkan atau anak pensyarah masuk klinik sebab demam. Belum sempat sampai kelas,ketua kelas hantar mesej bagitahu kelas batal. Mereka akan terus sujud syukur berjemaah di tempat kejadian. Bagi budak-budak kelawar yang malam berjaga dan siang tidur,masa tersebut akan digunakan sebaiknya untuk tidur kembali. Bagi pelajar lelaki yang jenis kasanova,perpustakaan dan kafe akan menjadi 'port' utama untuk mengusha awek dan mak cik cleaner.gila keji dia ni.

5.Menang Loteri
Ok,aku sumpah aku tak tikam nombor ekor. Tapi masa kecik-kecik dulu ada la pergi kedai runcit beli kad tikam harga RM0.10 satu,lepas tu menang 'walkman'. Balik rumah sorok 'walkman dalam tempayan taknak bagi bapak tahu.kalau bapak tahu,habis 'walkman' tu dikapaknya. Bagi orang cina dan sesetengah orang melayu yang nak kaya cepat lepas tu lupa rukun Islam,cara terpantas untuk kaya ialah dengan membeli nombor ekor. Lepas tu ramai-ramai pergi rumah tok bomoh atau gosok batu nisan tengok nombor ekor syaitan laknatullah. Bodoh kalau nombor tu betul buat apa tok bomoh tu beri kat kau,baik dia pergi tikam sendiri lepas tu jadi kaya raya. Walaupun dapat jadi kaya dengan cepat,duit tersebut sememangnya haram dan kotor walaupun selepas disental dengan klorox. Dalam kubur nanti kena soal,kau mintak la pulak nombor ekor dengan malaikat yang soal tu,tengok dapat apa.

6.Dapat Cahaya Mata
Selepas berkawin,sebuah pasangan pasti mahu kehidupan mereka dihadiri oleh insan baru yang pasti menjadikan keluarga mereka lebih bahagia macam dalam cerita Vanilla & Coklat. Sumpah aku tak pernah tengok cerita tu. Selepas si isteri disahkan mengandung, si suami lah orang yang paling gembira sebab membuktikan yang mereka tidak mandul. tapi kena periksa lepas tu betul ke anak kau. Gila puaka mulut aku. Kemudian mereka akan membeli pakaian bayi,lampin bayi,buaian bayi dan segala jenis permainan walaupun kandungan tersebut baru 2 minggu. Itu menunjukkan bertapa gembiranya mereka yang bakal menimang cahaya mata. Namun bukan semua orang menjadi gembira selepas mengetahui pasangan  mereka mengandung terutamanya buat pasangan kekasih jahanam yang dah ber'honey moon' tanpa akad nikah. Si lelaki pasti akan gelabah lepas tu tak nak bertanggunggjawab kemudian buat-buat tak kenal.kalau aku dapat sumpah aku sula dengan buluh. Kemudian si perempuan lahirkan anak tersebut sorang-sorang.lepas tu campak dari tingkat 18 sambil berharap anak tersebut dapat jadi penerjun yang berjaya seperti Pandalela Rinong bila besar nanti.

       
           Macam mana kalian? Adakah anda turut gembira jika mengalami situasi di atas? Semoga kita dapat berkongsi berita gembira ini bersama. Mungkin anda dapat menambah sedikit supaya lebih menarik Tapi pastikan ianya ditapis dulu sebab ramai kanak-kanak bawah umur yang ingin membaca. Ok,kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Selamat Sejahtera dan salam gembira...

Monday 17 December 2012

Suatu Kepulangan



           Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Aku sangat yakin korang merindui tulisan-tulisan aku.setidak-tidaknya kalau korang masih mengenali diri ini. Alah,mengaku je korang rindukan aku,senang cerita. Mungkin ada dari kalangan anda yang menyangkakan aku tidak akan kembali kerana tersesat dalam 'Lost World' atau bersara dari menulis blog selepas bercinta dengan Selena Gomez. Itu tidak benar sama sekali,kerana aku lelaki sejati yang macam joker ni memang muncul sekali-sekala je,baru orang tak bosan kan? Senang kata rindu tu membuak-buak.hehe

           Mungkin korang menuduh aku hangat-hangat tahi ayam je dalam menulis blog ni,dan ada juga mengganggap aku tidak serius dalam perjuangan melalui penulisan. Hey yuols,aku ni lelaki sejati ok,kata-katanya boleh dipercayai. Gila perasan aku puji diri sendiri. Tapi sekurang-kurangnya jangan la korang samakan aku dengan tahi ayam,keji sangat tu. Aku cuma terlampau sibuk dalam mengejar cita-cita dan cinta,tapi still berusaha memberi kepada pembaca sekalian,buktinya kemunculan entri baru yang tajuknya macam slot Samarinda TV3 ni.

          Sememangnya aku ingin memohon maaf sebab lama sangat menyepi sampai ada yang telah terlupa akan kewujudan diri ini. Kes ni macam sorang ayah yang keluar pergi kerja subuh balik malam.keluar rumah anak masih tidur,balik rumah pun anak dah tidur. Last-last anak tak kenal ayah kandung sendiri,agak tragis di situ. Tapi abang pasti skandal-skandal abang takkan lupakan abang bukan?

           Jadi,dengan cuti yang ada ni aku cuba manfaatkan dengan menulis sambil membaca tulisan sendiri. Eh bagus apa amalan membaca ni? Aku tak nak berjanji takut kalau aku mungkir janji nanti aku jadi orang munafik masuk neraka.jadi aku akan berusaha untuk menge'post' banyak lagi entri pada masa akan datang. Semestinya entri yang berfaedah dan bermaklumat serta berguna untuk dibaca,bukannya entri mengutuk dan mengumpat,tapi mungkin ada sedikit segmen mengkeji dan sentap hati mak nak. Aku harap ibu bapa diluar sana tidak membenci aku.

           Aku tak nak membebel panjang-panjang buat korang bosan,sebab nanti aku pulak yang kena bebel sebab mengadap komputer je,anak-anak lapar siapa nak beri makan woi ! Sekian dulu setakat ni,kita sambung dengan kemunculan akan datang.

Salam sayang dan selamat membaca....


Thursday 22 March 2012

Tabiat Lelaki Di Depan Cermin.

        Assalamualaikum,apa khabar semua? Bagaimana program anda pada hujung minggu kali ini? Pastikan dipenuhi aktiviti berpeluh agar menyihatkan badan,bukannya asyik mengadap laptop sambil meng'upload' gambar-gambar tak senonoh di dinding fesbuk. Nanti dah jadi mangsa keganasan siber maya baru kau nak menyesal. Tapi aku yakin Maya Karim tak ganas macam pontianak,itu hanya lakonan atas kehendak pengarah beliau.



        Merujuk tajuk di atas,pasti sudah ramai yang cuba meneka apakah perbuatan-perbuatan yang biasanya dilakukan oleh orang lelaki di depan cermin. Jangan buat andaian melulu,anda mungkin menyingung perasaan lelaki. Mari kita teliti satu persatu tabiat kaum hensem ni...

1.Menggayakan Rambut.
       
        Menggayakan rambut di hadapan cermin merupakan perkara wajib bagi seorang lelaki. 9 daripada 10 lelaki akan mengayakan rambut mereka secara automatik menggunakan tangan bila ternampak cermin,mungkin seperti dalam iklan shampu yang mendedahkan aurat di kaca televisyen. Rambut merupakan mahkota bagi kaum lelaki dan merupakan 'senjata' utama mereka dalam usaha memikat wanita,walaupun muka masing-masing macam Shrek. Sebab itulah zaman sekolah dulu mereka sanggup lari pecut 100 meter atau mungkin lebih bagi mengelak diri dari cikgu disiplin. Well,mereka takut rambut mereka dipotong. Alasannya,takut makwe mereka meninggalkan mereka. Nonsense bukan ? Tapi itu semua tidak berlaku pada aku kerana aku tidak mempunyai rambut yang lurus untuk digayakan. Walaupun aku akan kelihatan seperti Hafiz AF apabila rambut aku kering,tapi masih ramai perempuan yang cuba mendapatkan cinta suci dari aku. Almaklum la senyuman menggoda.betul bukan? Dan aku tahu pastinya cinta senjati aku tidak akan menilai melalui rambut.*cough

2.Facial Treatment.


        Ketika membuat perbincangan dengan Jemaah Pemuda Masjid di laman sosial  fesbuk,kami bersepakat ramai lelaki yang akan merapatkan muka mereka di hadapan cermin bagi melihat perubahan pada wajah mereka setiap saat.(tapi bukan aku) Untuk makluman,bukan wanita sahaja yang akan fobia apabila mendengar perkataan 'jerawat',sebilangan besar lelaki juga seperti itu. Masakan mereka sanggup berhabis wang membeli pencuci muka Cristano Ronaldo? Ya,mereka amat mementingkan rupa wajah kerana mereka pasti bahagian pertama yang dilihat kaum wanita adalah wajah tampan aku,maksud aku,wajah mereka. Kalau muka penuh dengan lekukan jerawat atau parut sebab terjatuh masa mengintai anak jiarn sebelah basuh kain,saham mereka akan jatuh merudum. Tapi biasala kalau dah tak sedar diri,pergi jugak upload gambar muka mintak pelempang kat fesbuk.tengok,dah mengkeji pada hari yang mulia ni...    

3.Tengok Body.


        Ramai lelaki inginkan badan yang berketak-ketak dan sasa seperti aku sehinggakan mereka sanggup pecahkan tabung duit adik mereka kerana kekurangan wang demi ke gimnasium. Kedengaran kejam bukan? Jangan salahkan kami kaum lelaki,kami tak bersalah,tapi kalau teman wanita kami tak tinggalkan kami sebab badan kami tak seperti Aaron Aziz yang berketak-ketak,pasti kami tak melakukan ini semua. Kepada wanita,janganlah pernah menyoalkan bentuk tubuh badan teman lelaki anda,anda tidak tahu mereka sudah cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian anda. Mereka takut jika badan mereka sasa,ramai perempuan yang akan cuba menggoda mereka. Anda mahu anda diduakan? Jangan gusar kaum lelaki,aku ada petua bagaimana ingin mendapatkn six pack seperti aku. Mungkin suatu hari nanti anda boleh menggerakkan otot-otot tetek anda seperti The Rock dalam WWE tu. Pasti tak tenang bila perempuan melihatnya.

4.Perasaan.


        Sebenarnya aku nak tulis perasan,tapi takut korang tak baca pulak. Simptom bercakap di hadapan cermin bukan berlaku dalam kalangan wanita sahaja,bahkan turut berlaku dalam kalangan kaum lelaki. Kebanyakkan mereka akan cuba menggayakan aksi artis pujaan mereka, contohnya seperti aksi lagak ngeri Aaron Aziz bercengkerama dengan Maya Karin macam dalam cerita Ombak Rindu. Tapi aku tak melakukan perkara sekeji itu kerana aku bersyukur Tuhan telah menganugerahkan wajah aku setampan Farid Kamil.mengaku sajalah yang anda juga lihat rupa aku sebegitu. Ramai juga kaum lelaki mengeluarkan statement-statement sebegini apabila melihat cermin,antaranya, 'eh,muka aku ada iras-iras Bront Palare rupanya'. Setidak-tidak pun,' muka aku dah macam Faiz Nazmi,tapi kenapa awek aku tak suka lagi kat aku?'. Ada juga yang kecewa,'Rosyam Noor,kenapa kau tak amik aku masuk Pilih Kasih?. Atau mungkin ada yang lebih dahsyat jika imaginasi mereka luas kerana asyik didedahkan dengan cerita-cerita kafir Hollywood..

        Bagaimana semua? Adakah anda terhibur dengan fakta yang baru aku kongsikan ini? Aku harap ada yang boleh dijadikan petua berguna dalam kehidupan. Tapi kaum wanita,jangan pula anda cuba mengintai perwatakkan teman lelaki anda apabila di hadapan cermin,mereka mungkin tidak seperti di atas.

Selamat membaca dan selamat berhujung minggu......

Saturday 10 March 2012

Lagu-Lagu Yang Biasa Diengari Bila Putus Cinta.

        Assalamualaikum. Apa khabar semua? Pasti sihat la hendaknya. Macam mana dengan program Le Tour de Langkawi yang singgah di Padang Astaka,Ckuhai minggu lepas? Informer aku bagitahu ramai pemilik fixie yang keluar bawak fixie diorang memenuhi Padang Astaka? Pasti korang berangan boleh mengayuh bersama peserta LTdL bukan? Tak pun korang mencuba nasib dengan membuat aksi mengayuh fixie sambil berharap supaya ada jurulatih dari luar negara akan kagum dan melatih korang untuk dijadikan jaguh dunia? Jika begitu,simpan sajalah angan-angan korang kerana korang takkan berjaya dengan hanya bermodalkan sebuah fixie,pakai sleeveless yang ketat nak arwah dan tight pants yang boleh buat lelaki berbuih mulut bila tengok korang. Ok,aku tengah mengkeji tu..


        Aku yakin ramai yang teruja untuk membaca entri kali ni memandangkan tajuk di atas memang menarik perhatian bukan? Kajian rambang yang dilakukan oleh aku mendapati remaja pernah bercinta sekurang-kurangnya dua kali semasa di sekolah.tapi aku tak la sebab mak bapak antar korang pergi sekolah untuk belajar bukan untuk bercinta.*cough Bagaimana rasanya bila anda putus cinta? Ya,aku yakin cinta sangat memberikan kesan yang mendalam dalam hati masing-masing,lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali bercinta. Sebab itulah ramai yang kecewa bila cinta mereka gagal. Pasti ada yang meracau-racau bagai nak gila ataupun ada yang menyepi ditepi tangga sambil mencakar-cakar dinding. Tapi jangan sampai ada yang nak bunuh diri terjun bangunan,tak cium syurga la woi !!


     
        Tapi perkara yang biasa dibuat apabila kecewa akibat putus cinta ialah mendengar lagu. Ayuh kita lihat lagu-lagu tersebut.

1.Lepaskanmu Kerana Terpaksa-Ukays
Sesungguhnya lagu ini amat familiar bagi mat rempit yang putus cinta. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Ukays yang memang terkenal dengan lagu-lagu rock kapak dan biasanya menjadi siulan mat-mat rempit ketika merempit. Jadi tak salah la ketika mereka putus cinta pun,lagu dari kumpulan ini turut menjadi pilihan mereka. Dalam lagu ini,lelaki tersebut sangat sedih dan kecewa kerana terpaksa melepaskan kekasih hatinya. Well,biasa la cinta,tak seindah yang kita sangkakan. Tapi macam mana pun,aku takkan melepaskan Na'di walaupun terpaksa.hehe

2.Di Saat Aku Mencintai Mu-Dadali
Macam mana pulak dengan lagu ni? Lagu ni mendapat carian di Youtube sebanyak 13juta lebih.ok,aku mengaku salah seorang darinya. Sumpah,sedih.nak-nak bila suara perempuan tu masuk. Walaupun lagu ini sudah lama di'upload',tapi masih tak basi-basi.mugkin udah dijampi serapah oleh kiai dari Indonesia kan pak?oh,rasictnya aku. Lagu ini amat popular,sehingga banyak drama melayu yang langsung aku tak paham jalan ceritanya menjadikan lagu ini sebagai lagu tema. Dan ramai perempuan mengguna pakai lagu ini sebagai lagu tema dalam telefon mereka. Alah biasa la perempuan,memang mereka sukakan lagu yang mendayu-dayu begini.lelaki ada jugak ke?hehe

3.Tak Ku Sangka Tak Ku Duga-Saleem
Memang tak sangka kan? Walaupun suara Saleem hanya sesuai untuk nyanyi lagu rock,tapi ternyata dia mampu membuat lagu ini menjadi siulan dan pilihan semasa karaoke bagi mereka yang putus cinta.betul bukan? Lelaki dalam lagu ini tak sangka cintanya yang suci macam pelembut Softlan akhirnya dikhianati oleh perempuan kesayangannya, dan dia mintak kalu tak sudi terima cinta dia,katakan saja,tak perlu la dia tunggu lama-lama sebab banyak lagi kerja yang mak dia suruh buat. ~kau lontar cintaku ditepian~~ Ku bagaikan hanyut dilautan~~. Oh,memang aku hanyut....


4.Hanya Nyanyian Dalam Sepi-Chriss Vadham
Untuk pengetahuan semua,lagu ini sudah lama diterbitkan,kalau tak silap aku sekitar tahun 90-an. Mengapa masih mendapat carian popular? Ya,memang aku akui lagu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Walaupun penyanyinya bukan berbangsa melayu,tapi dia masih mampu membawa lagu ini dengan baik. Lagu ini memberitahu yang lelaki tersebut terpaksa pasrah dengan perpisahan tersebut,dan dia menyuruh kekasihnya mencintai teman barunya dengan sepenuh hati. Gila hebat lelaki tu,kalau lelaki lain pasti dah attack wall fb bekas makwe dia kaw-kaw.tak gentle bukan?


5.Ombak Rindu
Lagu ini boleh dikatakan meletup seperti mana ceritanya juga. Tapi aku nak bersumpah yang aku tak pernah tengok cerita ni walaupun didesak banyak kali.ok,puas hati? Gabungan Hafiz dan Adira menyebabkan lagu ini amat mendayu-dayu,lebih-lebih lagi mereka yang dah terseksa jiwanya akibat ditinggalakan. Walaupun lagu ni ada dalam telefon bimbit aku,tak bermakna aku ni tengah kecewa.tapi dengar jugak la time-time sepi gitu. Tapi aku tak sangka pulak si Hafiz tu syok kat Adira,sebab aku dapat tahu yang si Adira tu tak normal,minat kat kaum sejenis. Mintak maaf ye peminat Adira sekalian.dush !


6.Bila Cinta-Gio
First time aku dengar lagu ni bila ada orang kata kat aku,'Eh,awak ni macam Farid Kamil yang dalam cerita Lagenda Budak Setan tu la'. Ok,aku mengaku aku hensem tapi tak la macam setan.tapi Que Haidar memang setan sebab sanggup pukul Lisa Surihani yang bapak cun tu.kau tunggu Que,nanti Yusry bawak lanun tibai kau. Pasti anda juga sudah familiar dengan lagu ini bukan? Walaupun lebih ramai perempuan yang menjadikan lagu ini sebagai siulan mereka ketika mandi,tapi aku tahu ramai jugak lelaki yang post lagu ni kat wall fesbuk ex korang.kau nak mengaku ke tak nak?


7.Lonely-Akon
Ketinggalan? oh tidak,walaupun lagu ini menjadi pilihan ketika korang pergi berkaraoke,tak semestinya korang ni ketinggalan. Lagu ini memang dah lama,diterbitkan sekitar tahun 2005,tapi masih aku boleh hafal. Pasti tak percaya bukan? Tapi itulah akan berlaku bila anda kecewa,mampu melakukan sesuatu yang memang tak disangka-sangka.eh,aku pernah kecewa ke? Berdosa kau bila kecewa hafal lagu si kafir ni tapi ayat hafazan sekolah menengah kau tak nak hafal. 

8.Teenage Dream-Katy Perry
Eh,tersalah. Mintak maaf para pembaca...aku nak bagitahu kat korang yang Katy Perry tu comel je,salah ke?

9.Terima Kasih Tuhan-Mawaddah
Haram kau bila putus cinta dengan makhluk melalak-lalak macam anjing nak mengawan,tapi kau tak pernah amik tahu bagaimana status 'relationship' korang dengan Tuhan. Nah aku bagi lagu ni,konfem korang menangis,tu pun kalau ingat mati.
       

        Bagaimana semua? Puas hati kah dengan kajian aku ini? Oh aku tahu masih banyak lagu yang aku tidak masukkan ke dalam senarai di atas. Jangan marah,aku hanya nak korang turut serta berkongsi lagu pilihan korang dengan aku. Baiklah,layan la dulu lagu-lagu di atas,jangan pulak korang serang pesbuk aku sebab aku tak masukkan lagu kegemaran korang.bukannya apa,banyak hati pihak yang perlu aku jaga.tak gitu Na'di?hehe.

Selamat bercuti dan semoga maju jaya dalam percintaan masing-masing.....

Friday 2 March 2012

Bahasa Baru.

        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Pasti anda semua merindui diri ini dan menanti-nantikan pekembangan blog ini. Almaklumlah seminggu sekali je keluar cerita baru. Oh,ayat di atas tu aku hanya tujukan kepada gadis-gadis kerana aku ni lelaki sejati yang pasti. Tapi aku tak yakin perempuan sekarang sukakan lelaki yang hanya pandai menulis, tapi tak pandai bermain bola sepak. Biasalah,pemain bola sekarang ni muda-muda dan kaya raya,wajah pun lebih tampan dari joker. Maaf,beremosi sedikit. Tipu la kalau aku bagitahu yang aku tak dengki tengok Faiz Nazmi Mansor berlari-lari di tengah padang sambil perempuan-perempuan yang memakai tudung Shawl dan Anna Tajima bertepik melolong bagai diserang sawan memberikan sokongan dan ada yang mencipta group di fesbuk seperti 'Kami suka Faiz sebab muka dia macam budak' atau 'Kami kesian kat Faiz Nazmi sebab makwe dia huduh dan perasan glamour'.

        Berbalik kita kepada tajuk di atas,seperti berbaliknya kuih Apam Balik yang diterbalikkan kerana telah masak dan rangup,kita akan meninjau sedikit perubahan bahasa pada dewasa ini. Aku pasti korang pun tak paham apa yang aku mengarut ni. Tapi korang jangan bimbang akan sesat atau didakwa mengutuk bahasa kebangsaan kerana aku adalah antara pelajar yang memperolehi A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masa SPM dulu,jadi setiap penggunaan bahasa adalah bertapis walaupun ketika mengkeji.

        Oleh kerana aku sering menyetalker fesbuk perempuan-perempuan yang suka mengutuk 'profile picture' kawan mereka yang dikatakan kuno kerana tak mendedahkan betis,serta blog 'gadis-gadis baru nak naik',macam yang kawan aku, si Aleena tu bagitahu...aku telah mengesan beberapa kewujudan bahasa baru yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Di bawah aku menyenaraikan beberapa jenis bahasa yang sempat aku rekodkan. Ayuh kita kaji bersama..

1. Sayasayangawakketatketat.
Terjemahan: Saya sayang awak ketat-ketat.

        Apaperasaanandaapabilamembacaayatini? Ye,aku pasti korang juga rasa nak bagi penyepak Tony Jaa kat aku sebab tulis begitu. First time aku membaca ayat seperti di atas,aku mengambil masa selama dua hari untuk menterjemahkannya sambil mulut aku mencarut-carut mengkeji si penulis. Faktor utama berlakunya perkara ini mengikut kajian aku ialah keyboard mereka telah kehilangan 'space bar button'. Atau juga mereka cuba menguji otak dan mata pembaca-pembaca. Walaupun anda bersetuju dengan kesan ujian bahasa ini yang boleh membuatkan anda dapat mencari kutu di celahan rambut,tapi bagi aku dia cuba menguji kesan pelempang aku yang boleh meninggalkan kesan seperti blusher di pipi.

2. Sayerw tark shukew awark wark camniew.
Terjemahan: Saya tak suka awak buat macam ni..

        Aku yakin kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia melihat penggunaan bahasa ini dalam kalangan pelajar,pasti beliau meletak jawatan kerana terlalu sedih. Well,melayu merupakan bangsa yang maju dari pelbagai aspek termasuk bahasanya sehingga aku yang masih teruna dan kekampungan ni meroyan ketika cuba memahami bahasa ini. Mungkin mereka malu kerana tidak mengikuti trend masa kini yang memerlukan kita mengubah ejaan perkataan tersebut tapi sebutannya masih sama. Mereka memang kreatif dalam bab menjahanamkan bahasa ni.mintak maaf terlebih mengkeji.. Kalau aku dapat berubah jadi joker,aku culik budak ni,buat eksperimen tukar dia jadi kelawar yang boleh berkata-kata,baru dia tahu nikmatnya boleh bercakap macam orang.
Bahasa budak hot.

3.HeBat kAu bOLeH BuAt mAcAm tU !i!
Terjemahan: Hebat kau boleh buat macam tu !!

        Mungkin pembaca sudah terbiasa dengan bahasa ini sehingga terikut-ikut menggunakannya. Aku sangat memuji kerajinan mereka menekan 'shift button' selang setiap huruf dan aku tahu kerajinan ini adalah semulajadi,bukannya disuruh ibu mereka atau dipaksa kawan-kawan mereka yang malu dengan gaya 'nerd' walaupun ketika menulis. Namun,kerajinan ini tidak mampu dipraktikkan dalam kehidupan seharian seperti menyiram pokok setiap pagi dan petang,menyiapkan assignment dalam masa yang ditetapkan dan membalas SMS buah hati.eh Alah,aku memang dah biasa dengan bahasa ni sampai kadang-kadang masa membaca tu,mata kanan aku jadi besar,mata kiri aku jadi kecik dan sebaliknya.tapi aku tak nak terikut-ikut dengan gaya bahasa ni,takut dituduh merasuah pemeriksa masa SPM dulu.

        Demikianlah sedikit sebanyak info yang aku perolehi dalam penciptaan gaya bahasa baru ni yang boleh aku kongsikan bersama. Sumpah aku tak reka sebab memang itu yang aku alami saban hari. Kalau korang menafikan kewujudan bahasa ini,aku syak korang antara salah sorang yang menggunakan bahasa moden nak arwah ni.hehe Bagi penyelamat-penyelamat bahasa macam aku ni,jangan dipulaukan mereka,mereka hanya kurang kasih sayang.cukuplah dengan hanya menge'likes' status mereka di fesbuk,mereka akan gembira.


Selamat Berhujung Minggu dan gunakanlah bahasa ibunda dengan baik...

Thursday 23 February 2012

Hidup Baru.

        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Apa khabar? Aku harap semua sihat sejahtera bersama keluarga dan pasangan hidup masing-masing. Cukup lama aku tak berkarya,almaklumlah sibuk menuntut ilmu demi mengejar cita-cita dan cinta disamping mencari idea baru untuk mengutuk.oh,aku bergurau je pasal mengutuk tu. Korang jangan tipu aku yang korang kata korang tak rindu kat aku.biasa la kalau dah bergelar 'The Last Standing Men' ni,pasti menjadi rebutan dan kegilaan ramai disebabkan ramai jejaka yang kat luar sana dah takde teruna.ok,bergurau lagi...

        Melihat tajuk di atas,pasti korang menyangka aku ingin berkongsi kisah aku keluar 'dating' dengan Maddi Jane,jangan harap. Walaupun dia masih budak,sekurang-kurangnya dia memahami perasaan aku dan sanggup belanja semua ketika kami ber'dating'. Sabar dulu gadis-gadis,itu semua hanya mimpi aku,tak perlu lah korang nak meracau-racau.

        Agak dah nampak intro aku tu agak panjang,kita kembali kepada tajuk sekali lagi. Aku pasti korang semua pernah mengalami peristiwa pahit manis dalam kehidupan seperti ditipu cinta pertama,eh. or dikejar makcik rumah sebelah sebab cuba mengintai anak dara beliau mandi.sumpah,aku tak pernah buat perkara keji sedemikian walaupun aku sering ke Monica Bay untuk mengkaji dan mengkeji gaya pemakaian gadis-gadis yang sering mempamerkan betis mereka untuk tatapan ramai sambil aku buat dosa kering sebab mengutuk-ngutuk diaorang.tapi jauh disudut hati,aku masih mendoakan agar diorang berubah. Begitulah kehidupan,ada pro dan kontra. Kalau korang pernah study kat China,orang kat sana panggil Ying dan Yang yakni semangat baik dan jahat. Tapi aku dua-dua ada,jahat tapi baik,baik tapi baik.eh

        Masa sekolah rendah dulu,otak tak berkembang mana lagi sebab kawan-kawan sekelas biasanya duduk kat sebelah rumah or duduk satu taman. Kalau ada yang dari kampung sebelah dah kira hebat sebab diorang mari sekolah mak ayah hantar berbanding dengan aku yang duk mengayuh basikal pagi-pagi. Jadi tiada apa yang baru sebab pemikiran kami terkatup dalam lingkungan kampung je. Masa yang paling advance bila cikgu-cikgu bercerita pasal universiti. Masa tu budak-budak dalam kelas terpaku dan tekun mendengar sambil masing-masing pasang niat dan cita-cita nak belajar kat universiti,tapi nama universiti tak tahu sebab tak pernah amik tahu. Kalau ada pun sorang dua je budak perempuan yang sebut nama universiti Harvard ataupun Oxford,tu pun sebab ternampak kertas yang tertampal dalam almari milik kakak diorang, 'Universiti Impianku' berserta nama-nama universiti tersebut. Tapi aku jenis kool dari kecik,bila orang tanya nak belajar kat mana,aku akan bagitahu dengan lantang,'Universiti Hogwarts !'.nampak dah ganas sebab nama omputih tapi nasib baik diaorang tak tahu.kalau aku sebut universiti tempat Harry Potter belajar sihir,pasti aku kena gelak sampai urat hijau diorang tertonjol. Dah nama pun budak-budak,mana la aku tahu !

        Lain pulak ceritanya di sekolah menengah,terkejut tahap mak lampir masa kali pertama mendaftar,aku ternampak rakan-rakan yang sebaya dengan aku,tapi badan macam gorila.gila mak bapak kau beri kau makan apa ha? Aku ni macam ciput je,kalau kena tibai konfem tersadai tepi dinding tunggu sakaratulmaut. Yang pelik lagi bila aku ternampak ada mamat yang keningnya bersambung dan ada yang dah tumbuh misai dan janggut macam terrorist. Aku sangkakan aku tersalah masuk penjara Teluk Guantanamo,tapi aku cuba tenangkan diri dengan menghafal balik Rukun Islam beserta maknanya. Biasa la aku ni muka jambu,takde janggut sampai kakak dekat Bank Islam tu panggil aku 'baby face' sebab tengok umur aku tak tumbuh janggut lagi. Tapi aku tahu maksud sebenar kakak tu nak bagitahu yang aku ni hensem.*cough
Selepas dah kenal hati budi dan cara masing-masing menipu cikgu kalau tak siap kerja sekolah,aku dapat buat rumusan,walaupun mereka mempunyai janggut dan misai,tapi ternyata mereka masih kebudak-budakkan. arghh,aku tahu korang sengaja pakai ubat nak suruh tumbuh bulu, bila senior nampak,diaorang pikir dua kali nak buli korang. Untuk cerita selanjutnya,aku akan panjangkan dalam entri yang akan datang.

        Selepas dah bebas dari penipuan maha dasyat dalam dewan peperiksaan SPM selama sebulan,krisis wang yang melanda menyebabkan remaja-remaja yang masih 'hijau' menggelupur ingin mencari kerja kononya mencari pengalaman.korang tak payah tipu aku,aku tahu korang nak cari duit sebab teman wanita korang malu dengan korang yang hanya pakai handset Nokia 1110.cit ! Well,aku pun turut bekerja tapi duit adalah matlamat aku yang no.126.ok,nampak sangat menipu... Tapi jujur aku cakap,bila dah kerja,baru la aku tahu bertapa payahnya mak bapak aku nak cari duit hatta RM1 untuk diberikan kepada anak-anak. Selepas itu aku berusaha jugak beli seluar dalam menggunakan duit dari titik peluh aku sendiri.gila kaorang tak malu ke beli seluar dalam mintak duit mak bapak ?

        Ok,aku rasa dah cukup sampai kat sini dulu entri yang aku sendiri pun tak tahu motifnya. Kalau malam ni aku dapat mimpi aku makan malam dengan Maddi Jane,aku akan pastikan akan ada entri susulan yang akan aku kupas lebih mendalam jalan ceritanya. Oh,jangan lupa gadis-gadis,kurangkan aktiviti menyundal di fesbuk,nampak kat aku,korang jadi tajuk entri seterusnya.
Selamat malam ! Selamat berhujung minggu !

Friday 13 January 2012

Kisah Joker dan Aku.



          Assalamualaikum. Apa khabar sidang pembaca? Apakah aktiviti anda pada hujung minggu ni? Adakah anda menghabiskan masa melepak di Monica Bay(Pantai Teluk Mak Nik) mencuci mata sambil mengayat perempuan yang bermegah dengan fixie mereka? Atau anda 'memancing' kawan kawan supaya mengikut anda ke Mesra Mall untuk menghabiskan masa bermain boling sehingga petang serta mengambil gambar di dalam tandas dan kemudian mempertontonkan kepada orang ramai? Apa jua aktiviti anda pada hujung minggu,pastikan anda tidak lupa untuk menunaikan solat jumaat(lelaki). Ok,permulaan entri yang penuh dengan sindiran dan diselitkan dengan peringatan di akhirnya. Tapi aku dapat mengagak korang menghabiskan masa di depan komputer, ber'online' sambil menyetalker aku di fesbuk.eh...yela,dua tiga hari ni,bumi Kemaman disimbah air hujan yang mencurah curah.aku amik ayat karangan SPM sikit.

         Melihat kepada tajuk di atas,pasti korang menyangkakan aku dalah Batman yang kerje sehariannya melindungi Gotham City menentang si lahanat yang hanya muncul pada malam hari.Oh sebenarnya aku hanyalah seorang peminat cerita Batman kerana gajetnya yang maha canggih serta bajunya yang menampakkan six pack palsu. Tapi aku rasa orang takkan tengok cerita Batman ni kalau takde watak yang aku puja ni....Joker.

Joker versi kartun.
        Sabar dulu gadis gadis,tidak semestinya aku memuja Joker,aku sejahat seperti dia. Ok,aku akan terangkan mengapa aku memilih Joker dan bukannya watak hero lain yang sentiasa berdamping dengan perempuan seksi dan murahan.
Joker versi kartu tahun 2005-2009.

        Seingat aku,cerita Batman yang pertama aku tonton ialah masa aku darjah 3,dan watak jahatnya pula Joker. Sejak dari tu aku mula meminati cerita Batman dan sejak dari tu jugak aku mula seriau nak tidur,takut takut Joker masuk dari tingkap nak culik aku.seram gila weh...teringat ingat aku kat senyuman yang membunuh tu. Tapi tu semua masa zaman belum mumaiyiz,lepas aku dah pandai baca doa qunut,rasa takut tu dah hilang,sekarang ni aku pulak yang jadi Joker.hahaha !

        Masa aku duk tingkatan 1 dulu,kawan aku si Faizul anak Ustaz Zul (nama betul,aku tak reka) kata kat aku, 'wei za,aku tengok mu macam joker ar'.sumpah aku tak tipu. Semua ni angkara karenah aku yang paling buas dan rakus dalam kelas,tambah pulak dengan hilai tawa aku yang boleh buat perempuan menangis panggil mak diaorang bila aku suka..macam mak lampir versi lelaki. Tapi sekarang semuanya sudah tiada, iyalah bila dah baligh ni,suara dah pecah bila nyanyi suara macam Awie,nada ketika ketawa pun dah berubah.

takut tak?



kalau jumpa malam malam ni,konfem aku lari.

        Sememangnya aku pilih Joker sebab dia ni banyak persamaan dengan aku..gila aku ni nak jadi Joker,tahu kat bapak aku,bertukar jadi Batman la dia. Well,watak yang dibawa oleh Joker menggambarkan seorang lelaki yang sakit jiwa(tidak sebenarnya),sentiasa memakai makeup bedak sejuk sebab takut jerawat naik,bekerja seorang diri,suka kepada kegelapan dan pastinya suka menyusahkan orang lain terutamanya Batman. Tapi yang paling ketara persamaan aku dan Joker adalah senyuman yang boleh membuatkan gadis tergoda apabila melihatnya. Iye,aku pasti korang sangka aku sakit jiwa macam Joker.

       
        Sekilas pandang memang korang rasa Joker ni macam badut..benar,Joker merupakan badut yang telah berevolusi menjadi penyusah kepada Gotham City. Tapi ada jugak badut yang telah berevolusi menjadi penceria kepada seluruh dunia,macam aku......





................
...........
......












hahahaha !


        Aku masih seperti Joker...
       

Thursday 5 January 2012

Permulaan Blog Aku.

       Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Panjang salam yang aku berikan kat korang supaya korang tahu yang blog aku ni bukan blog menyundal dan blog mendedahkan aurat perempuan melayu. Walaupun aku tak tahu maksud sepenuhnya salam di atas sebab aku ni tak ambil Bahasa Arab masa PMR dulu,tapi aku tahu yang salam itu bertujuan mendoakan dan membawa maksud yang baik. Aku cukup pasti kalau ada dalam kalangan pembaca merupakan anak kepada AJK masjid atau surau,mereka sudah didedahkan tentang maksud salam tersebut.


        Untuk pengetahuan semua,entri ini merupakan yang pertama aku dalam dunia blog ni. Pasti korang nak tahu mengapa aku mula ber'blog' kan? Ok,aku kuat perasan. Ini semua keje adik aku yang kuat menghasut dan menyaiko aku supaya menubuhkan sebuah blog. Malah,rakan-rakan di sekeliling juga mula berlagak dengan blog masing-masing yang boleh mengeluarkan lagu apabila dibuka. Aku tercabar di situ. Selepas proses menimbang dan menyukat keputusan dibuat,aku tekad untuk menubuhkan sebuah blog. Biasa la dunia zaman nak kiamat ni,kalau takde blog,dikatakan yang kita ni kolot. Arghh,persetankan semua tu.


        Sebelum aku meneruskan perjuangan dakwah melalui blog ni,aku akan menerangkan beberapa ciri dan 'specification' macam kawan aku yang dapat A1 dalam subjek BI masa SPM tu kata, supaya korang tidak menyaman blog aku ni apabila aku menyebarkan propaganda menuntut kebebasan bersuara seperti berbaring di atas jalan raya.eh... Itu pun kalau korang rasa yang blog aku ni memperjuangkan dakwah.kehkehkeh...

1.Tema

Ok,aku ingin menegaskan yang blog aku ni adalah pelbagai dan lebih cenderung kepada aktiviti mengutuk,mengkeji(eh,betul tak tu),menyundal tapi tak selalu,mencela dan mencarut kepada aktiviti-akitiviti durjana yang dilakukan oleh golongan perempuan yang mencabul mata aku dengan pakaian mereka dan golongan lelaki yang pakai kasut Supra dan menari macam Justin Bebir,persetankan kalau korang nak marah aku sebab tulis nama idola korang salah. Untuk pembaca yang berumur di bawah 13tahun,aku syorkan korang mendapat bimbingan ibu bapa,takut juga korang meniru gaya mencarut aku ni. Dan tiada politik dalam blog ni.


2.Bahasa Penulisan
Sebagai seorang pelajar yang memperolehi A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masa SPM dulu,sudah pasti aku aku menggunakan bahasa ibunda sebagai medium penulisan blog aku. Kalau korang rasa aku ni ketinggalan zaman sebab menulis 'saya', dan bukan 'cyew', atau 'tak' dan bukan 'tark', atau juga aku menulis 'saya sayang awak sebab awak comel' dan bukan seperti korang tulis 'saia canyangw awarkz cbabi chebabw awarkz syuwmel',korang silap kerana korang yang sebenarnya ketinggalan zaman sebab masih menggunakan bahasa pertuturan haiwan. Kalau dapat kat aku,pasti aku bagi pelempang sampai dia bisu terus. Tengok,dah mengkeji di situ.


3.Bahan Rujukan
Aku tidak menggunakan mana mana buku,poster atau iklan syampu yang tunjuk betis tu untuk dijadikan sebagai bahan rujukan semasa menulis. Aku akan menjadikan hal ehwal semasa atau cerita pelajar Malaysia yang semakin jahanam kat luar negara nung atau cerita dalam negara, untuk aku jadikan entri untuk tatapan pembaca. Tapi kalau aku mengimbas kembali cerita zaman aku bawak basikal tayar 4 yang kat depan 1,belakang 3,korang jangan mengutuk sebab itu dinamakan mengulit kenangan. Aku kena mintak bayaran dengan kumpulan Data ni sebab dah promote lagu mereka.


        Begitu lah serba sedikit pasal pengenalan blog aku ni. Untuk perkembangan lanjut,aku aku beritahu dari masa ke semasa. Blog ini bukannya tempat aku menghentam mana mana pihak dan jika ada yang tak berpuas hati atau berniat dan menghantar jin atau jenglot supaya mencuri keyboard komputer aku ni,aku tak akan mencarut dengan tiba-tiba,malahan aku akan memperbaiki dari semasa ke semasa. Blog ini hanyalah sekadar untuk tempat berkongsi cerita dan tempat mengadu kalau pakwe/makwe membatalkan temu janji di saat saat akhir, dan kepada bomoh bomoh di luar sana,aku tak berminat dengan tangkal korang dan aku tak menggunakan komputer kangkang yang telah dijampi.

Terima kasih kerana membaca hingga akhir. (n_n)